Jadi ke tak nak gi ni.....penatnyer rasa...nashwa tak tido mlm tadi...kejap nangis..kejap nangis..penatnyer. Naper entah...mandikan si kakak..rasa macam tak larat jer...jomlah keluar beli ubat selsema nashwa n gi the w shopping(Woluwe shopping complex yg paling dekat ngan hotel kami-besar skit dari Alamanda Putrajaya).
Dah jumpa barang kat situ..macam awal plak nak balik., cari ubat nashwa kat farmasi dulu. Esok ahad semua kedai tutup...susah plak nak beli. Dah settle pasal ubat nashwa..masih awal lagi.husband aku cakap jomlah kita gi Grand Place..ikut planning asal. Nak cari survenior kat delegate next week. Tapi kalau ikut planning asal nak gi ngan Metro jer ( nama train bawah tanah kat sini), senang..x yah fikir pasal parking kete, tapi dah terlanjur naik kete, kita try jer lah gi. Guna tom-tom (GPS). Follow jer direction si tom-tom ni, akhirnya sampai gak lah..(bangga laki aku dpt sampai ngan kete dia-tanpa bantuan orang)...ada parking bawah tanah yang proper, then oklah. Kami pun jalan-jalan lah.
Hari tu dah datang dah skali tapi time tu baru pas winter dan weekdays..x ramai orang...kedai pun banyak x bukak sebab sejuk.
Grand Place atau nama lainnyer adalah Grote Market terletak di tengah-tengah bandaraya Brussels yang merupakan tempat yang sangat menarik untuk dilawati sebab banyak bangunan bersejarah dah unik disitu. Bangunan-bangunan lama yang masih terpelira cantik ini telah di istiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Kat sini lah kita boleh jumpa patung budak kecik kencing tu..Manneken Pis.
Kat sini jugaklah banyak jual survenior seperti T-shirt, beg, tapestry,keychain, frige magnet..coklat..ice-cream..waffle. Memang orang ramai akan datang sini kalau datang ke Belgium. Hari tu pun punya lah ramai orang..China dan Jepun, x pulak aku jumpa orang Malaysia. Kami explore lah cari T-shirt yang harganye berpatutan...
Kat sini jugak nanti setiap 2 tahun sekali bulan Ogos, akan diadakan carpet flower. Bertuah kami sekeluarga sebab dapat tengok tahun ni..x sabar nak tengok...tahun ni start 15 Ogos -19 Ogos ni.
Sambil jalan mencari survenior tu sempat gak lah snap 2, 3 keping gambar kat tempat bersejarah ni. Gambar survenior nanti post lain kali ek...banyak gak lah hasil tangkapan untuk dikirim ke Malaysia. Bestnyer kalau dapat kirim kat famili di Muo, n Kok Lanas..tapi apakan daya..x dapat. Insyallah adalah rezeki tu nanti.....
patung ni orang cakap kalau kita pegang dia, kita akan datang lagi ke Brussel |
Manneken Pis. |
tapestry...cantik-cantik |
flower carpet 2008 |
No comments:
Post a Comment