Alhamdulillah..selepas 4 tahun menyepi dari menulis blog.. hari ni 15 January 2018..i'm BACK.......
Terkial-kial nak cari kat mane nak bukak blog untuk tulis entry baru....hehehe
Entry saya sblm ni banyak menceritakan tentang kehidupan saya dan family ketika menetap di Brussels, Belgium. Dah hampir 3 tahun kami balik ke tanah air dan menetap di Bangi Avenue.
Anak-anak pun dah besar. Semua dah skolah. Kalau baca cite sblm ni...saya bersalin kan aisya masa summer 2013 kan...dah besar dah ullos. Tahun ni masuk tadika dah... Nashwa yang dah darjah 1 dan kakak dah darjah 3.
Banyak sgt pengalaman indah yang tak dapat maria lupakan sepanjang 4 tahun di Belgium. Sampai skrg masih lagi belum dapat lupakannye. Tambah2 kat fb kan ada keluar setiaap hari memori kite yaang lepas2..mmg teringat dan rindu sangat. Banyak yang maria belajar sepanjang tinggal kat sana. dari tak pandai masak..jadi pandai masak..baking..semua..hehe..dapat jumpa kakak-kakak yang sgt sporting dan baik..semua tu kenangan...
tapi yang paling penting..walaupun kami semua dah balik..tapi ukuwah antara kami tetap utuh. Walaupun masing-masing bz dgn kerja harian masing-masing at lease kami jumpa setahun sekali. Time raya atau bukak puasa. Dulukan.. duk sana hari2 jumpa tau..sbb kite tinggal dekat2.. kat sini..masya allah susah tul nak jumpa. Padahal duk dekat2 jugak. Enviroment lain.. masing2 dengan kehidupan masing2 kan...
Ye betul.. memang lama sangat dah tak tulis blog..nak tulis..tak tertulis-tulis...
nama blog pun maria dah tukar ke JOM CANTIK BY CHARMS dah...
Apa yang maria nak cite dulu iyer...sbb banyak sgt nak cite...mungkin sy boleh start dengan perjalanan hidup kami lepas balik dari Brussels dan macam mane boleh terjebak jual Charms plak.
jom layan gambar masa kami kat sana skit n try cari gambar masa pindah sini. Entry terbaru nanti terus masuk pasal Charms ek..ullos kenal Charms kan...kosmetik skin care yang tgh viral skrg ni...
maria cari gambar jap...
Event last sebelum balik for good. Sambutan Hari Kemerdekaan ke-58 di Belgium.
Diplomat Malaysia di Belgium bersama Duta Malaysia Dato' Nafisah.
Sebelum balik for good..layan anak2 nak gi Disneyland Paris..
Balik Malaysia dah boleh jalan-jalan dengan family plak..
ok cukup dulu utk hari ni. Insyallah maria sambung lagi kemudian. Nak gi beli barang skit n lepas tu ambik si aisha plak. Dia balik 11.30. Alhamdulillh hari ni ok skit. Last week dia nangis tak nak masuk kelas. tapi time bercakap memang tak nak kalah. macam org tua. Tadi tak nak pakai tudung sbb rambut baru. Nak tunjuk taecher rambut baru.
Masing-masing dengan rambut baru. Potong pendek senang..
semua dah skolah. Tinggal lah mommy sorang kat rumah...
Sekian. Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment